Gemerlapan Masjid Sheikh Zayed tiada tandingan – DR Sathia Prakash

ABU DHABI, Jun 4-

Kegemerlapan Masjid Sheikh Zayed Grand Mosque umpama bulan bercahaya merupakan symbol kebanggaan Abu Dhabi.

Pengasas Sp Care Group Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, beliau teruja apabila berpeluang melawat ke masjid penuh dengan keunikan menyerlah itu.

Katanya, untuk mana-mana pengembara atau pelancong yang melancong ke Abu Dhabi The Grand adalah tidak lengkap jika tidak melawat ke Sheikh Zayed Grand Mosque.

“Ia merupakan masjid terbesar di Emiriyah Arab Bersatu dan menjadi symbol kebangaan Islam di negara berkenaan.

“Saya cukup teruja dan bersyukur berpeluang singgah ke masjid unik itu sementara menunggu transit ke Switzerland.

“Tiada kata-kata untuk menakrifkan keunikan yang didokong masjid itu,” katanya.

Justeru beliau juga menambah bahawa masjid itu dibangunkan di Bawah bimbingan dan penyeliaan Sheikh Zayed yang telah disemadikan di Masjid itu selepas disambut penciptanya pada 2004.

Yang menyebabkan saya terpegun dengan masjid ini adalah reka bentuknya yang dihasilkan oleh arkitek Youssef Abdelke, dari Syria.

Masjid ini dibina menginspirasikan reka bentuk Masjid Abu al-Abbas al-Mursi Mosque, Alexandria, yang direka bentuk oleh Mario Rossi pada 1920; Masjid Badshahi dari Lahore, Pakistan; dan turut dipengaruhi rujukan seni bina Persian, Mughal, Indo-Islamic.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles