Sentul, Okt 22
Kelab Sukan Remaja dan Pesara Sentul meneruskan penganjuran Kejohanan Badminton Deepavali Cup, di Dewan Badminton St Joseph, Sentul.
Pengerusinya Kalai Selvam Ramachandran berkata pertandingan tahunan itu diadakan pada 12 Okt melibatkan lebih kurang 70 pemain berusia 15 tahun hingga 77 tahun.
“Pertandingan ini memberikan ruang dan peluang kepada pemain-pemain yang sudah berusia untuk terus aktif bersukan di mana ada permintaan tinggi dari mereka untuk diadakan kejohanan seperti ini.
“Manakala, ini ialah satu peluang menggilap bakat pemain muda apabila bermain bersama-sama dengan pemain yang berpengalaman.
“Pertandingan ini juga menjadi landasan terbaik dalam memupuk dan memperkasa perpaduan antara komuniti,” katanya.
Tambahnya, kelab itu akan mengadakan pertandingan seumpamanya pada masa akan datang.